Tuesday 23 July 2013

Kenali Emas

STANDARD KETULENAN EMAS BARU

( a ) Emas 999 - Emas Tulen 99.9% kandungan emas. Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam   24K mengikut ukuran lama

( b ) Emas 950 - Emas Kelantan atau Emas 9½

( c ) Emas 916.6 - Emas Singapura 22K mengikut ukuran lama

( d ) Emas 875

( e ) Emas 835

( f ) Emas 750 18K mengikut ukuran lama

( g ) Emas 585 14K mengikut ukuran lama

( h ) 375 SUASA – 9K mengikut ukuran lama

*Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud


STANDARD KETULENAN PERAK

( a ) 958.4

( b ) 925

( c ) 830

( d ) 800


STANDARD KETULENAN PLATINUM

( a ) 950 bermakna 95.0% kandungannya


Emas perhiasan biasanya tidak murni 100%. Jika kita membeli emas 22k (916), emas murninya adalah 91.67% dan selebihnya adalah campuran logam lain. Komposisi logam yang digunakan untuk memcampur emas seperti berikut;

Yellow Gold (22K)
Gold 91.67%, Silver 5%, Copper 2%, Zinc 1.33%

Red Gold (18K)
Gold 75%, Copper 25%

Rose Gold (18K)
 
Gold 75%, Copper 22.25%, Silver 2.75%

Pink Gold (18K)
Gold 75%, Copper 20%, Silver 5%

White Gold (18K)
Gold 75%, Platinum or Palladium 25%

White Gold (18K)
Gold 75%, Palladium 10%, Nickel 10%, Zinc 5%

Gray-White Gold (18K)
Gold 75%, Iron 17%, Copper 8%

Soft Green Gold (18K)
Gold 75%, Silver 25%

Light Green Gold (18K)
Gold 75%, Copper 23%, Cadmium 2%

Green Gold (18K)
Gold 75%, Silver 20%, Copper 5%

Deep Green Gold (18K)
Gold 75%, Silver 15%, Copper 6%, Cadmium 4%

Blue-White or Blue Gold (18K)
Gold 75%, Iron 25%

Purple Gold
Gold 80%, Aluminium 20%


Sunday 21 July 2013

30 Fakta Tentang Emas


30 FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG EMAS




1. Menyimpan emas dan perak merupakan sunnah nabi sejak lebih 1400 tahun dahulu. Emas merupakan matwang sunnah.

2. Nilai 1 dinar hari ini masih sama dengan nilai 1 dinar di zaman Rasulullah SAW


3. Emas mempunyai nilai pelaburan yang baik kerana harganya naik seiringan keperluan.


4. Emas merupakan penyimpan nilai terbaik dan kalis inflasi. Emas juga disimpan oleh bank-bank pusat kebanyakan negara bagi memelihara nilai matawang.


5. Mudah dicairkan/ dijual bila memerlukan wang.


6. Jual beli yang mudah tidak perlu pihak ketiga 

7. Halal dengan akad jual beli mengikut Islam

8. Habuk emas lebih bernilai dari habuk kayu

9. Aset yang boleh diwarisi tanpa perlu dokumen, prosedur mahkamah dan campurtangan pihak ketiga

10. Sifat semulajadi manusia menyukai emas

11. Logam yang berharga, menarik dan cantik untuk perhiasan dan pelaburan

12. Senang dibawa ke mana-mana dengan pelbagai variety saiz yang sesuai

13. Boleh diniagakan tanpa campurtangan pihak ketiga

14. Sebagai salah satu cara menyimpan wang dari membazir membeli barangan yang kurang berfaedah 

15. Permintaan yang semakin tinggi kerana banyak negara menyimpan emas untuk mengelak kekangan matawang dollar

16. Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas bagi orang Islam. Mengeluarkan zakat adalah tanda bersyukur dan Allah akan menambah rezeki orang bersyukur akan nikmatNya.secara tidak langsung anda menunaikan Rukun Islam yang ke-5.

17. Boleh jadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga menyimpan emas untuk diniagakan

18. Membeli emas di dalam negeri membantu aliran matawang di dalam negeri berbanding membeli barangan import

19. Membeli emas bagi wanita bukan sahaja untuk dipakai tetapi juga membantu keluarga apabila keadaan memerlukan

20. Emas sebagai aset simpanan sebagai persediaan menghadapi keadaan ekonomi, politik yang tidak stabil

21. Emas boleh dijadikan hadiah untuk sahabat dan orang tersayang, Boleh dijadikan hantaran kepada mereka yang mendirikan rumahtangga.

22. Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diistiharkan bankrupt

23. Kejatuhan nilai dollar (USD) yang mungkin menyebabkan inflasi yang besar

24. Menggantikan nilai matawang kertas (wang fiat) yang semakin susut nilainya ditelan masa sedangkan emas kalis inflasi.

25. Boleh dipajak di ArRahnu dengan kadar upah simpan yang rendah pada bila-bila masa apabila memerlukan pinjaman wang dari bank

26. Kegagalan wang kertas yang terjadi di Zimbabwe adalah kerana mencetak wang melebihi rizab/simpanan emas Negara..Buktinya 100 billion Zimbabwe hanya mampu beli 3biji telur. Indonesia bakal menjadi Negara seperti Zimbabwe jika inflasi yang melampau terus belaku

27. Emas tidak dicipta dan dikawal oleh kerajaan sedangkan wang fiat dicipta/dicetak dan dikawal oleh kerajaan

28. Pelarian Vietnam bertindak bijak dengan menukarkan harta kekayaan mereka kepada emas dan melarikan diri ke Malaysia ketika Negara mereka sedang bergolak dgn peperangan “PERANG VIETNAM 1955-1975”

29. Dikatakan kerajaan China menasihatkan rakyatnya menyimpan 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.Tahap kesedaran rakyat china terhadap penyimpanan emas begitu tinggi sehinggakan di Negara mereka terdapat satu vendor mesin yang menjual emas sedangkan di Malaysia vendor mesin hanya menjual Nescafe/air tin

30. Kerajaan Korea mmbeli 1 billion emas/ 3 tan emas daripada siapa?? Jawapannya dari U.S.. U.S terkenal dgn Negara yang paling banyak “hutang” tetapi kenapa dia boleh jual emas sebanyak 3 tan kepada korea dengan mudah?? Ini kerana U.S ialah Negara yang paling banyak emas/rizab emas/simpanan emas. Ini bermksd berlaku satu perancangan hebat di mana mereka akan menggunakan emas sebgai transaksi. Bagi yang beragama Islam, terdapat hadis dari Rasulullah :

"Akan tiba suatu zaman...di mana tiada apa yang bernilai...dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan" [Hadis dari rekod Imam Ahmad Ibnu Hanbal ]

Sumber dikongsikan daripada:

Fakta Menarik Mengenai Emas

Fakta Menarik Mengenai Emas
1. Emas adalah matawang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas. Zaman Rasullullah SAW, nilai seekor kambing adalah 1 dinar (4.25g emas 917), zaman Kerajaan Melayu Melaka pun seekor kambing bersamaan 1 dinar, malah hari ini pun harga kambing jika dinilai dengan RM masih sekitar 1 dinar. Dinar emas kebal terhadap inflasi.
2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum).

3. Nombor atom untuk emas adalah 79.

4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas, hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod.

5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, di dalam batuan (kuarza) dan mendapan aluvial (secara mendulang).

6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.

7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi.Terdapat sedikit keraguan untuk fakta ini, hasil perbincangan dengan yang lebih arif mengatakan logam yang paling lembut adalah CESIUM.

8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia.

9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat).Tidak hairanlah kalau emas boleh disimpan sehingga beribu tahun Tanpa hilang atau susut nilai. Tidak seperti logam lain yang tidak stabil dan mudah teroksida (berkarat).

10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.

11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, Hindu, atiesme dsb (sebagai tukaran).

12. Dikatakan  sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi. (165,000 tan (2009) - wikipedia)
13.Emas memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain.

14.Daya tahan terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan yang baik.

15. Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.

16. Emas adalah unsur paling pasif, stabil dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain.

17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Ag) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.

18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.

19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.

20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.

21. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki² (3300meter persegi) ~(57m x 57m)

22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent.

23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain.

24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogaman (metallugical), suhu lebur dan perubahan warna sesuatu kualiti emas.

25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.

26. Memandangkan emas merupakan pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang baik, logam ini digunakan sebagai lapisan 

pelindung pada satelit buatan manusia.

27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat.

28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.

29. Emas tulen 24 karat tidak mempunyai rasa dan bau.

30. Emas sangat tumpat, 1 meter padu adalah seberat 19,320kg.

31. Warna emas tulen adalah kuning metalik.

32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.

33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa)

34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak).

35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya dan 18 radioisotop lain. Radioisotop Au-195 adalah paling stabil dengan separuh hayat 186 hari.

36. Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian.

37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.

38. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.

39. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.

40. Selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.

41. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.

42. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999.

43 Walaupun emas adalah logam lengai, namun ia boleh menghasilkan pelbagai sebatian.Aurik klorida (AuCl3) dan asid kloraurik (HAuCl4) adalah sebatian emas yang paling umum. Badan manusia tidak dapat mennyerap sebatian emas yang kebiasaannya tidak begitu toksik. Namun dilaporkan lebih 50% pesakit artritis yang dirawat dengan drug yang mengandungi emas mengalami kerosakan hati dan ginjal.

44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.

45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunakan unit Karat (K)

46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)

47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).

48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.

49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, British Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.

50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.

51. Takat lebur bagi emas ialah 1337.33 K (1064.18 °C, 1947.52 °F) dan takat didihnya 3129 K (2856 °C, 5173 °F)

52. Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.

53. Emas koloid (nano partikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar.

54. Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan.

55. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning.

56. Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.

57. Emas diasingkan daripada bijihnya menggunakan sianida, amalgam, dan peleburan. Penulenan logam biasanya dijalankan menggunakan elektrolisis.

58. Emas terdapat di dalam air laut pada kepekatan 0.1 to 2 mg/ton bergantung kepada kedudukan sampel. Walau bagaimanapun, sehingga kini iaitu tahun 2006 tidak terdapatnya apa-apa cara yang boleh memberi hasil keuntungan sekiranya emas diperolehi daripada air laut.

59. Tamadun Melayu Srivijaya & Majapahit menggunakan emas sebagai matawang untuk perdagangan maritim.

60. Nabi Sulaiman dan empayar agungnya menghiasi istana & kerajaannya dengan emas.

Sumber : dikongsikan daripada

Wednesday 1 May 2013

Emas dan Perak

Emas adalah nadi ketamadunan peradaban manusia zaman berzaman. Nilai pertukaran yang berubah mengikut peredaran nilai semasa. Emas telah digunakan di seluruh dunia sebagai perantaraan pertukaran matawang. 

Dalam dunia Islam emas diwakili oleh matawang dinar sementara perak diwakili dengan matawang dirham. Kedua-duanya saling memerlukan dan digunakan seiringan. Matawang emas dijadikan sebagai simpanan dan bagi pertukaran transaksi yang bernilai tinggi sementara perak sebagai kegunaan harian dalam skala yang lebih kecil.